Wednesday, March 25, 2009

KUIL VIRUPAKSHA..(SENIBINA INDIA)

Kuil Virupaksha...



 

Kuil Virukpaksa adalah kuil yang terbesar dan paling rainai dengan ukiran di Pattakal. Ia terletak di Hampi, 350km dari Bangladesh, Karnataka di selatan India. Di depannya terdapat patung Nandi setinggi 2,6 meter, yang terbuat dari batu berwarna hijau dan berhiaskan bunga-bunga berwarna merah.

Kuil ini masih digunakan untuk upacara sembahyang dan selama ratusan tahun kuil ini terus digunakan untuk upacara yang sama. Kuil Virupaksha memiliki patung-patung bagus dan dilukis dengan adegan-adegan dari dua epos besar Ramayana dan Mahabharata. Kuil ini dan kuil Mallikarjuna dibangun oleh ratu-ratu Vikramaditya II untuk merayakan kemenangan di nasti Chalukya atas dinasti Pallava. 


                    

Kuil Virupaksha merupakan tempat utama penganut Hindu menyembah Tuhan mereka di Hampi. Kuil ini ditujukan kepada Shiva yang dikenali sebagai Virupaksha. Kuil ini juga dikenali ‘powerful Virupakshini amma’ (mother goddess) dalam kalangan penduduk kampong dikenali sebagai Nalagamapalle. Chittoor District, Andhra Pradesh terletak kira-kira 100kn daripada Tirupati.

Sejarah kuil ini bermula dari kurun ketujuh. Tempat suci Virupaksha-Pampa wujud sebelum ibu kota Vijayanagara wujud. Dibawah undang-undang Virjayanagara pada abad ke-12, ia bermula daripada seni flora dan fauna orang tempatan. Pada kurun ke-16, kebanyakan seni dekorasi ini dimusnahkan.




                          


Tempat pemujaan Virupaksha-Pampa tidak dimusnahkan penggempuran Bandar pada tahun 1565. Tempat ini disambung beberpa tahun kemudian. Pada permulaanabad ke-19, terdapat perubahan dan penambahan termasuk pada atap dan menara pada bahagian utara dan timur.

Struktur Kuil.

Struktur utama terdiri daripada tempat suci, tiga bilik tetamu, balai rong danbalai rong terbuka. Kuil ini juga dilegkapi dengan beranda balai rong, pintu pagar, perkarangan mahkamah, makam kecil dan lain-lain struktur yang terdapat disekeliling kuil ini. Sembilan baris pintu pagar disebelah timur adalah yang terbesar iaitu 50 meter dan diatara stuktur yang terawal. Ia terdiri daripada batu-bata. 

Tuesday, March 24, 2009

TAJ MAHAL...(SENIBINA INDIA)






















TAJ MAHAL (SENIBINA INDIA)


Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.


Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.


Kontraktor projek

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:



PURANA QILA...(SENIBINA INDIA)

Di kota Delhi yang terletak di bahagian utara India, terdapat sebuah kota yang telah dibina oleh lima saudara Pendawa iaitu pahlawan dalam epik Mahabrata kerana ketika Benteng Lama iaitu Purana Qila atau Old Fort dibersihkan pada tahun 1911, salah seorang pekerja telah menemuai sebuah desa yang di kenali sebagai Intrapat yang terletak di dalam kota Purana Qila itu.


Purana Qila yang hingga sekarang keruntuhannya masih dapat dilihat dan mula dibangunkan ketika Humayun, iaitu sang penguasa dari Dinasti Mughal (salah satu kerajaan Islam besar abad pertengahan) yang menduduki tahkta Delhi pada tahun 1530.






Di kawasan kompleks ini terdapat tiga gerbang utama dan juga Masjid Qala-i-Kuhna yang didirikan oleh Sultan Sher Shah pada tahun 1539. Masjid ini memiliki bentuk bangunan yang unik, di mana terdapat pelbagai macam monomen dari marmar hitam serta pahatan kaligrafi huruf arab. Selain itu, bangunan ini berdiri di atas batu pasir merah dan Sultan Sher Shah juga membuat bangunan berbentuk oktagon dua tingkat yang dikenali sebagai Sher Mandal di dalam Purana Qila.




Selain batu pasir merah dan putih, marmar dan mozaik marmar yang merupakan bahagian utama bangunan kesultanan India abad ke-14 juga dilihat cukup dominan menghiasi bangunan berkubah tersebut. Ada sebuah pusara lama dengan dipadankan dengan taman yang berbentuk simetri.

Lokasi bersejarah ini juga dijadikan lokasi tapak warisan dunia yang paling popular di kota Delhi dan ditetapkan oleh UNESCO sebagai warisan sejarah Dunia.

CANDI EMAS (SENIBINA INDIA)

Candi Emas atau Darbar Sahib adalah tempat warisan bai masyarakat Sikh dan salah satu tempat Gudwara yang paling tua.Terletak di bandar Amritsar.Di bina pada 1574 masihi, tempat di sekeliling candi itu dulu adalah sebuah tasik yang kecil.
Hamandir Sahib pada waktu malam




Hamandir Sahib dikelilingi tasik kecil



Pintu masuk Hamandir Sahib



Hamandir Sahib ini telah diselaputi dengan kepingan-kepingan emas dan marmar pada zaman pemerintahan Maharaja Ranjit Singh.


Jambatan masuk Hamandir Sahib

CANDI BOROBUDUR (SENIBINA INDIA)


Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Yogyakarya, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 masehi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan , Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah . Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

Fungsi

Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei . Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.

Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di India atau di China.

Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.

Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi . Terdapat dua bua gunung berapa yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo . Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur,

Selain kuil Borobudur adalah 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun , penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat . Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang- lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha . Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.

Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Manumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki , mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasa.



Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng.

Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan -ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah

Semua arca ini di susun dari kiri ke kanan dan hendaklah dilihat dari kiri ke kanan, mengikut jarum jam atau mapradaksina dalam bahasa bahasa Jawa kuno . Cerita-cerita ini berdasarkan kitab Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang . Candi ini menghadap ke timur, walaupun pandangan sisi kelihatan sama sahaja.

Secara keseluruhan arca yang terdapat di dinding Borobudur menggambarkan hukum karma . Semua arca bukanlah cerita bersiri kerana setiap pigura boleh berdiri sendiri sebagai satu cerita sebab akibat. Ada gambaran hukuman yang akan direrima jika membuat dosa dan mendapat balasan baik jika membuat kebajikan. ( Hukum karma = buat baik dibalas baik, buat jahat di balas jahat). Rangkaian cerita Buddha ini berakhir dengan tingkat tertinggi iaitu menuju kesempurnaan.

Borobudur apabila dilihat dari atas kelihatan seperti gergasi Buddha mandala dan sesuai dengan kosmologi Buddha dan ciri-ciri otak manusia. Berbentuk empat segi dan ketinggian 118 meter. Ada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang dan di dalam stupa itu ada patung Buddha sedang berehat.

Kira-kira 55,000 meter padu batu konkrit digunakan untuk membna bangunan Borobudur ini. Batu-bata ini diangkut melalui sungai dan mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan.

Sistem saliran dan perparitan di sekitar Borobudur amat baik, Ada 100 muncung berlubang untuk air larian . Setiap muncung ini diukir kepala gargoyles ( makaras).

Borobudur dibina atas sebuah bukit semulajadi dan tidak sama dengan kuil-kuil Buddha di India dan China. Tetapi teknik bangunan sama dengan kuil-kuil lain di Indonesia.

Satu stupa dikatakan mewakili satu makam untuk Lord Buddha. Setiap kuil merupakan rumah dewa. Tetapi ada yang mempertikaikan ia sebuah kuil kerana ada ritual berbentuk 'perjalanan haji'. Mereka akan berjalan mengikut anak tangga.

Candi Hoysala, Somanathapura (SENIBINA INDIA)



Seni bina Hoysala (Templat:Lang-kn) adalah senibina bangunan yang berkembang dibawah kepemimpinan kemaharajaan Hoysala yang kini berada di Karnataka, India, antara abad ke-11 dan abad ke-14. Pengaruh Hoysala berada pada puncaknya pada abad ke-13 ketika Hoysala mendominasi daerah dataran tinggi Dekan selatan. Candi besar dan kecil dibangun selama era ini menjadi contoh gaya seni bina Hoysala, termasuk candi Chennakesava di Belur, candi Hoysaleswara di Halebidu, dan candi Kesava di Somanathapura. Contoh ukiran Hoysala lainnya adalah pada candi di Belavadi,Amruthapura, Hosaholalu dan Nuggehalli. Penelitian terhadap gaya seni bina Hoysala menunjukan pengaruh Indo-Arya sementara akibat gaya India Selatan lebih jelas.



Aktiviti bangunan candi melambangkan kepimpinan maharaja Hoysala yang kuat hasil daripada amalan sosial, budaya dan politik pada zaman tersebut. Transformasi tradisi bangunan candi Karnata mencerminkan budaya keagamaan yang dimasyhurkan oleh falsafah Vaishnava dan Virashaiva dan juga kecakapan perkembangan ketenteraan raja Hoysala yang ingin mengungguli maharaja Chalukya Barat dalam bidang kesenian. Candi dibangun lebih dahulu sebelum kemerdekaan Hoysala pada abad ke-12 yang mencerminkan pengaruh penting Chalukya Barat, sementara candi selanjutnya mengekalkan beberapa rekabentuk yang penting pada seni Chalukya, tetapi memiliki beberapa hiasan yang berdaya cipta, membentuk keunikan senibina Hoysala. Sekitar seratus candi masih terdapat di Karnataka, kebanyakan di daerahMalnad, iaitu tempat asal raja Hoysala.




Sebagai destinasi pelancongan yang masyhur di Karnataka, candi Hoysala menawarkan kesempatan untuk pengkaji dan pelajar seni bina untuk melihat seni bina Hindu abad pertengahan dalam tradisi Karnata Dravida. Tradisi ini bermula pada abad ke-7 dibawah perlindungan dinasti Chalukya dari Badami, dikembangkan lebih jauh oleh Chalukya Barat di Basavakalyan pada abad ke-11 dan akhirnya ditransformasikan menjadi gaya bebas pada akhir abad ke-12 selama kekuasaan Hoysalas. Prasasti berbahasa Kannada abad pertengahan menunjukkan lokasi candi memberi maklumat candi dan menawarkan maklumat berharga tentang sejarah dinasti Hoysala.