
Taman Tiantan Beijing atau dikenali sebagai The Temple of Heaven Beijing merupakan kompleks bangunan untuk persembahyang kepada langit yang diadakan oleh maharaja-maharaja pada zaman purba yang skopnya paling besar dan dipelihara paling baik di China. Taman Tiantan terkenal dengan susunannya yang rapi, bangunannya yang ajaib dan hiasan pembinaannya yang cantik dan merupakan warisan seni bina bernilai tinggi dunia. Pada tahun 1998, Taman Tiantan disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Taman Tiantan mula dibina pada tahun 1420 dan terletak di sebelah selatan Kota Larangan atau dikenali sebagai The Forbidden City, iaitu istana diraja pada zaman dinasti-dinasti Ming dan Qing China. Keluasan Taman Tiantan mencatat 2 juta 700 ribu meter persegi dan merupakan 5 kaliganda daripada keluasan Kota Larangan Beijing. Sama seperti Kata Larangan Beijing, bangunan utama Taman Tiantan dibina sejajar dari selatan ke utara menurut garis tengah,bangunan-bangunannya sangat megah.
Orang China pada zaman purba menganggap langit berbentuk bulat dan bumi berbentuk empat segi. Berdasarkan fahaman itu, dua lapis tembok Taman Tiantan berbentuk bulat di sebelah utara sebagai lambang langit dan berbentuk 4 segi di sebelah selatan sebagai lambang bumi.
Bangunan-bangunan utama di Taman Tiantan seperti Dewan Qinian, Yuanqiu dan Qionghuangyu semuanya berbentuk bulat dan melambangkan langit.
Dewan Qinian merupakan tempat maharaja bersembahyang kepada langit mengurniai cuaca baik supaya mencapai hasil pertanian yang baik. Dewan yang berbentuk bulat itu setinggi kira-kira 40 meter dan garis tengahnya 32 meter. Dewan itu dibina dengan kayu dan atapnya mempunyai 3 lapis pinggiran. Di tengah dewan itu terdapat 4 batang tiang setinggi 20 meter yang melambangkan 4 musim setahun, di sekitar 4 tiang itu terdapat 12 batang tiang yang melambangkan 12 bulan setahun dan di luar 12 tiang itu terdapat pula 12 batang tiang yang melambangkan 12 masa sehari. Bumbung dewan itu disadurkan dengan emas, genting glaze berwarna biru di atap sangat indah. Dewan itu dibina di atas dasar batu putih halus berkualiti 3 tingkat yang tinggi sehingga menjadi lebih megah lagi.
Yuanqiu merupakan tempat maharaja mengadakan upacara menyembahkan langit. Ia merupakan satu pentas batu berbentuk bulat 3 tingkat. Berdiri di pusat pentas itu seolah-olah berada di tengah langit dan bumi yang bersambungan.
Huangqiongyu merupakan satu pekarangan yang dikelilingi oleh tembok berbentuk bulat. Seandainya bercakap dengan suara rendah di kaki tembok, orang yang berdiri di kaki tembok sebelah lain dapat dengar cakapnya dengan sangat jelas. Tembok itu dibina oleh tukang bina zaman itu berdasarkan ilmu vokal.
Rekaan, perhitungan dan pembinaan bangunan berbentuk bulat adalah lebih rumit daripada bangunan berbentuk 4 segi. Bangunan di Taman Tiantan dengan rekaan dan perhitungan yang rumit dan pembinaan yang saintifik telah memperlihatkan taraf sains pembinaan China yang tinggi pada pertengahan abad ke-16.
Taman Tiantan bukan sahaja merupakan bangunan purba China yang terbaik, malah telah memanifestasikan fahaman falsafah zaman purba China. Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO PBB memberi penilaian kepada Taman Tiantan seperti berikut: Taman Tiantan telah memperlihatkan hubungan antara langit dengan bumi baik dari segi susunan keseluruhannya ataupun dari segi setiap bangunan, hubungan semacam ini menduduki tempat terutama dalam pandangan dunia orang China pada zaman purba.
No comments:
Post a Comment