Thursday, March 12, 2009

MASJID "BESI" (SENIBINA ISLAM)














Berkonsepkan seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.Istimewanya masjid ini kerana masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu "angin", "sederhana" dan "telus". Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau "Architectual Wire Mesh" yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil "Kiblat Walk" seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

FAKTA: Kemudahan disediakan:

# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat

Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna

Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang

Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

2 comments:

  1. Apakah masih dinamakan senibina islam jika pembinaannya untuk mendapat nama dan simbol.
    Apakah masih dimanakan senibina islam jika pembinaannya membazir begitu banyak sumber, dan msjid tidak diimarahkan?
    Kubah refleksi kepada senibina Islam? Atau Iwan? Minaret? Mihrab? Apa sebenarnya definisi senibina Islam? ~ hanya pendapat untuk difikirkan...

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya sikit.
    siapa yang design masjid besi ini?

    ReplyDelete