Wednesday, March 11, 2009

MERCU TANDA BUMI SAMMARA... (SENIBINA ISLAM)


(tembok luar masjid)

Masjid yang terhebat di Sammara telah dibina pada 848-852 selepas Masihi di atas plan tanah terbuka dan ianya merupakan masjid umat Islam yang terbesar dengan keluasan 748 x 512 kaki persegi.


(gambaran penuh dari atas)

(pintu terbuka pada tembok)

Mercu tanda bumi Sammara yang terkemuka ini adalah sebuah masjid yang hebat dan keistimewaannya terletak pada keunikan seni bina dan bentuk menaranya yang dikenali sebagai "al-Malwiya" . Masjid ini telah dibina oleh al-Mu'tasim apabila beliau berpindah ke Sammara dimana pada waktu itu tidak dapat lagi dapat menampung bilangan jemaah yang semakin ramai. Selepas itu, pembinaan itu diteruskan oleh Al-Mutawakil yang membina masjid yang lebih besar dan hebat di kawasan itu dan masjid itu menjadi masjid yang terbesar di dunia. Keluasannya adalah 38,000 meter persegi. Seramai 80,000 buruh diperlukan untuk membina masjid ini. Masjid ini dikelilingi oleh dinding batu bata membentuk kawasan yang berbentuk segi empat dengan 240 meter panjang, 158 meter lebar dan 10 meter tinggi. Ia mempunyai 23 pintu, 5 daripadanya berada di bahagian selatan dan 8 daripadanya berada di bahagian timur dan dan barat dengan dua pintu terbuka pada dinding tembok.

(Menara Malwiya)

Menara Malwiya yang berpilin terletak 25 meter daripada dinding masjid bahagian selatan. Ia terletak betul-betul di atas paksi tengah. Ianya berdiri pada asas 32 meter pada setiap bahagian. Di atas menara ini terdapat bahagian yang berpilin dan mempunyai tangga yang mempunyai lebar 2.3 meter dan ianya bermula dari bahagian tengah timur dengan asas lawan arah jam dengan memerlukan 5 pusingan tangga untuk sampai sebuah bilik kecil yang berbentuk silinder dengan radius 6 meter yang terletak di puncak menara tersebut. Ianya direka dengan 8 lengkungan daripada luar. Setiap lengkungan ditegakkan oleh 2 batu bata yang kecil. Kesemua lengkungan ini membentuk sebuah pintu dimana pendakian yang terakhir dan membawa kepada tangga yang kecil yang menuju ke bahagian teratas menara ini.

(Mercu tanda bumi Sammara)



(menara Malwiya)




No comments:

Post a Comment