Tuesday, March 24, 2009

PURANA QILA...(SENIBINA INDIA)

Di kota Delhi yang terletak di bahagian utara India, terdapat sebuah kota yang telah dibina oleh lima saudara Pendawa iaitu pahlawan dalam epik Mahabrata kerana ketika Benteng Lama iaitu Purana Qila atau Old Fort dibersihkan pada tahun 1911, salah seorang pekerja telah menemuai sebuah desa yang di kenali sebagai Intrapat yang terletak di dalam kota Purana Qila itu.


Purana Qila yang hingga sekarang keruntuhannya masih dapat dilihat dan mula dibangunkan ketika Humayun, iaitu sang penguasa dari Dinasti Mughal (salah satu kerajaan Islam besar abad pertengahan) yang menduduki tahkta Delhi pada tahun 1530.






Di kawasan kompleks ini terdapat tiga gerbang utama dan juga Masjid Qala-i-Kuhna yang didirikan oleh Sultan Sher Shah pada tahun 1539. Masjid ini memiliki bentuk bangunan yang unik, di mana terdapat pelbagai macam monomen dari marmar hitam serta pahatan kaligrafi huruf arab. Selain itu, bangunan ini berdiri di atas batu pasir merah dan Sultan Sher Shah juga membuat bangunan berbentuk oktagon dua tingkat yang dikenali sebagai Sher Mandal di dalam Purana Qila.




Selain batu pasir merah dan putih, marmar dan mozaik marmar yang merupakan bahagian utama bangunan kesultanan India abad ke-14 juga dilihat cukup dominan menghiasi bangunan berkubah tersebut. Ada sebuah pusara lama dengan dipadankan dengan taman yang berbentuk simetri.

Lokasi bersejarah ini juga dijadikan lokasi tapak warisan dunia yang paling popular di kota Delhi dan ditetapkan oleh UNESCO sebagai warisan sejarah Dunia.

No comments:

Post a Comment