Thursday, March 12, 2009

Piramid Giza (SENIBINA ISLAM)






Lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.

Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis.

Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid.

Namun, menurut teori, pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.

Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu.

Piramid Khufu Di Bina Oleh Para Dewa

Berikut merupakan salah satu daripada aspek yang kita maksudkan. Apabila kita melihat mitos sejarah mengenai cerita asal-usul Piramid Besar (yang terletak di Giza), kita mendapati bahawa monumen ini tidak dihubungkan dengan mana-mana Firaun. Sebaliknya ia merupakan hasil binaan Dewa-Dewa kuno yang genius dan berpengetahuan tinggi.
Pelbagai Kronologi Para Pemerintah Lagenda menetapkan tarikh minimum bagi Era Dewa-Dewa lebih kurang 10,000 SM. Ini juga tempoh yang digambarkan oleh Plato di dalam karya beliau iaitu Timaeus dan Critias.
Dari kajian-kajian moden yang telah dijalankan, para pengkaji mendapati sesuatu yang mengejutkan. Tempoh ini jugalah yang telah dibuktikan di dalam kajian-kajian saintifik moden, yang mengalami gangguan-gangguan besar (ke atas) iklim, geologi dan geomagnetik, disertai dengan kepupusan besar-besaran paleo-biologi di planet bumi. Ia adalah merupakan titik penanda bagi Zaman Ais dan Zaman kini.

Piramid Khufu di bina sebelum banjir besar 11,600 tahun yang lampau.

Di Mesir, ahli-ahli geologi yang mengkaji rekod fosil telah mendapati kesan gabungan pencairan glasier di Pergunungan Moon, ditambah dengan aras huruhara masap (precipitation) di Afrika Tengah, menyebabkan sungai Nil di dalam lebih kurang tahun 10,000SM melimpah beribu kali ganda. Kesannya telah meranapkan dinding cenuran dalam jarak berbatu-batu dari tebingnya sekarang ini dan menghanyutkan seluruh lembah di sepanjang Mesir.
Di dalam tempoh yang sama, oleh kerana Laut Mediterranean mula melimpah dan arasnya meningkat kerana paras lautan yang semakin tinggi kerana glasier di sebelah utara mula mencair, untuk seketika airnya juga telah membanjiri bahagian hilir lembah Nil. Ahli-ahli geologi pasti, di dalam sejarah fosil (yang mereka kaji, tempoh) ini merupakan kejadian banjir utama yang terakhir di Mesir, sebelum laut kembali berundur dan Nil kembali surut di dalam aliran sekarang yang secara perbandingannya lebih aman.
Namun, mereka tetap sukar memberi penjelasan wajar kenapa terdapat selapisan empat belas kaki lumpur (silt sedimen) di sekitar tapak (bukan di dalam tapak) piramid, satu lapisan yang juga mengandungi cengkerang-cengkerang laut, dan fosil lembu laut (sea cow), yang apabila ditetapkan tarikhnya melalui kaedah radiokarbon bertarikh 11,600 B.P. (Before Present) campur atau tolak 300 tahun.

No comments:

Post a Comment